Saturday, 22 June 2013

Aku Dah Bertunang ?

21 JUNE 2013

Resah, takut, cuak, headache, nak muntah pun ada sebab otak ni asyik pikir benda yang sama jea. *bukan pregnant okay* Heartbeat aku pun tak stable. Kejap laju kejap slow haa tetiba stop macam mana. Alamatnya tak sempat aku nak bertunang. HAA APA BERTUNANG ?? *terbeliak luas bijik mata kau* Yepp ! Bertunang. Hang dah kenapa ? Tak percaya ? So bawak percaya and bertendang. *ini reality bukan fakta atau auta* hurm.

Malam ni aku busy kemas kemas rumah buat itu buat ini. Rasa macam tak percaya esok aku akan bertunang. Sedih yang amat. Lepas ni tak boleh ada crush dah. Tak boleh nak gedik gedik. *gedik tu bukan aku okay* haa Ma Zulliza bukan main lagi busy sana sini. Siap ada khemah bagai. Dah macam kenduri kahwin pulak. Pasal kahwin pun dah discussed semalam. Maybe time sem break bulan 11 ni aku akan berkahwin. Ma Zulliza tak habis habis tanya aku wedding card nak warna apa theme apa. Alahai pening oii ! Tak sempat esok nak bertunang malam ni aku terjun bawah ala ala spiderman tu. *memang tempah ticket free nak masuk neraka* Dah sampai jodoh aku dengan budak Singapore tu. So redha jea lah.

22 JUNE 2013

5.00 a.m

Okay memang awal gila aku bangun. Nervous kot nak jumpa bakal mak mertua. Now dorang ada kat homestay area taman aku. Lepas mandi semua Ma Zulliza suruh aku relax jea. Tapi disebabkan nervous punya pasal aku pun p lah kemas kemas apa yang patut. Lepas subuh aku sambung lagi tolong Ma Zulliza buat kerja ini kerja itu.

10.30 a.m

Sempat lagi aku tidur time ni. Ma Zulliza banyak kali kejutkan aku tapi still takda respons. Malas gila nak bangun ! Rasa macam takda apa yang berlaku today. Ya Allah lepas zohor ni aku bakal menjadi milik orang. Lepas bangun jea sedara aku tanya mana baju nak dipakai nanti. Zuppppp ! Baru aku ingat baju tu ada kat boutique lagi. Matilah aku lupa nak ambil semalam. Kelam kabut aku ajak cousin aku p boutique tuu. Macam orang meroyan hilang anak satu lagi hang tahu tak ! Sampai jea rumah dah macam mayat hidup. Entah rasa badan aku dah hampir separuh melayang tinggi. *woahh dramatic*

1.30 p.m

Lepas zohor jea terus aku termenung. Bukan termenung sebab tak menyempat nyempat nak bertunang tapi entahlah berat hati kot. Baju tak salin lagi. Lagi sejam aku akan bertunang. Apa pun tak ready lagi. Ma Zulliza dah start bising. Nak tak nak terpaksa jugak. Tak pasal terus jadi pekak tuli sebab asyik dengar jea Ma Zulliza bising. Silap haribulan boleh bernanah oow. *eishh anak derhaka sungguh*

2.30 p.m

Arghhh ! Rasa macam tercekik tulang badak Africa. Air liur pun rasa macam air kapur dah. Bermandikan peluh aku dok dalam bilik. Cair habis make up aku. Lepas jea doa diaminkan Ma Zulliza panggil aku keluar dari bilik. Pergh perghh ! Takut weyhh ! Bakal mak mertua aku pun mai lah kat aku. Dah lah sempit kain duyung tuu. Serba tak kena nak duduknya pun adoyai. Macam kucing nak terberanak 30 ekor lagi. Tangan aku jangan dok kata lah sejuk macam sotong dalam freezer bak hanggg. Ketaq ketaq dah. Lepas jea borak borak sikit dengan bakal mak mertua so start lah adegan sarung menyarung ni. *ni ayat tak boleh blah*


Time sarung ring tu aku dah cuak 'asal tak masuk lagi ni’. *gelabah* Adoii tersekat lah pula kat tulang jari manis aku ni. Boleh hilang jari manis aku kalau disarungnya jugak. Hurm risau tuu memang tak payah nak cakap lah kan. Kalau boleh pengsan kat situ dari awal lagi aku pengsan siap siap. Tak pasal adik aku kena jadi bidan terjun. Ohh no no no ! Tak akan sesekali moment tuu berlaku. Dok ralit sarungkan cincin tup tup phone aku boleh pulak dok melalak. Non stop pulak tuu. Aku ni jenis gabra tak tentu pasal so terus jea aku tarik tangan aku. Memang kurang diajar namanya tuu. Ahha time tu mata aku dah pedih kena silau dek dipanah lampu. Perghhh ! Apa semua ni ? Apa semua ni haa ?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali tengok phone ada orang call. Eishh potong line betul lahh. Kalau tak ring bertahtakan permata tu dah tersarung cantik indah bak intan payung diamond emas 916 bersamaan 20,000 gram. Mak aih gayat gila taste aku. Jangan bermimpi lah nak dapat semua tu. Study pun sekerat jalan, tak habis lagi dip tup tup nak bertunang. 

Hangpa semua dok khusyuk jea hadap blog aku kan sambil gigit kuku kaki nak tahu ending. So endingnya aku dah tersedar dari tidur. Mimpi ohh mimpi. Thanks Farhan kembalikan aku ke dunia reality. Kalau hang tak call memang dah confirm aku bertunang even dalam mimpi pun *ayat minta kena lempang okay

Ahha memang terasa diri anda dipermainkan. Apa terkejut aku bertunang sedangkan umur aku baru 19 ? Okay tunggu lagi 20 tahun akan datang aku invite semua followers tercinta aku ni mai kenduri aku. Hadiah dia aku kasi emas jongkong 916 sorang sebijik. Nak nak ? Tunggulah 20 tahun lagii.

*mimpi hanyalah mainan tidur tapi kalau real pun tak apa. orang Singapore kot ! *senyum gajah* dok bayang macam mana gajah senyum -.-

Bye bloggie.

Tuesday, 18 June 2013

Semester Break !


Hello, annyeonghaseyo ! Alhamdulillah, at this moment im free for conteng conteng here in my blog. Seriously i wish for this time would come earlier but just today :) Actually aku dah malas nak hadap blog ni. Taktau nak update apa dah. Hee *senyum kerang*

Mesti hangpa tertanya tanya mana lah pictures yang aku cakap nak upload tu kann. Hee sorry guys ada problem sikit so tak dapat nak upload. Maybe next time kot ^^, Okay now aku sem break. 2 months kot ! *ecehh 2 months pun nak kecoh* Memula tuu aku nak keja tapi abah tak kasi. Nak cari duit lebih sikit. Side income katanyaa. *kata aku okay* Soooooooo aku tolong ma aku jea buat mini pizza and pastry. Ponat oii ponat. *okay tak baik mengeluh tolong ma, anak derhaka tuu* Hurmm tak dapat salary or what. Habuannya dapat makan freeeeee ! Sambil buat mini pizza tuu cuit cuit lah sikit makan :p *ehh betul ke cuit cuit ke cubit cubit ?* LOL

Masa terus berjalan and berjalan. *see masa pun ada kaki nak berjalan* sila gelakkan saya. Okay tak lawak. So dah nak habis pun sem break. Sedih. *macam tak ada perasaan* next week 25/6 nie aku balik ke kolej tercinta kat mana ? Kat Negeri Sembilan :) Tahap kemalasan nak balik tuu ya Allah hanya Allah jea tau. Tahap max kot ! *parah* Kalau dah balik ni paham paham jea lah result keluar. Wuarghhh ! Nie moment yang paling digeruni oleh setiap student. Wahh ayat skema ! Hope that aku dapat tambah A lagi untuk sem kali ni and and and pointer pun melambung naik lah gamaknya. Tehee xD Kalau boleh 5 subject tu aku nak A++ ! *amboih hang bukan main banyak lagi ehh plus plus tuu* Doakan aku lah yea. InshaAllah boleh grab semua tuu. Aminn :)

Hurmm taktau nak type apa dah. Okay sampai sini jea kot. Kalau tangan aku ni rajin nak type banyak banyak inshaAllah aku post lagi. Ohh lupa pulak doakan aku tau next sem ni aku takmau dah masuk choir. Serikk ! Kalau in Malay tak kisah sangat ni tak in English. Takmau lah aku. Terbelit lidah ceq nak nyanyi nyanyi in English :p Sorry miss Z tak dapat nak tunaikan permintaan miss. Harap miss boleh consider yea. Okay guys see you again. Have a great day ahead !

Thanks for create the moments with me even for a while. Moga ukhuwah ni terus mengalir. Sayang awak semua :* ! Ex students Maktab Mahmud Merbok batch94

Bye bloggers.