Saturday, 2 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Rasa gatai pula tangan ni nak taip laju laju. haaha. Sekejap je cuti. Esok nak balik dah so bag pun confirm lah berat dengan baju baru, biskut raya 10 balang, ketupat, serunding. Amboi banyak nau nak bawa balik sana. Tetiba teringat pada housemates. Apa lah korang buat ehh. Pada yang dah sampai tu dok elok elok naa. Haa pada yang tak balik lagi tu jangan lupa noh bawa 10 balang setiap orang. haaha. Boleh buat modal pi meniaga. Dua balang tinggai kat bilik buat stock nak makan. 

Malam yang syahdu ni taktau nak buat apa so skodeng la gambar gambar time puasa haritu. Teringat pi bazar Poli lepas tu terus pi Pantai Blue Lagoon. Sayang ahh Ain takde time ni. Next time kita pi sini lagi tau. InshaAllah. We will meet again, soon.

Ehem.

Bismillahirrahmanirrahim, saya di sini ingin memohon maaf andai tersalah bicara, bergurau kasar, terambil/guna barang anda dengan sengaja, terkutuk, terpekik and semua yang ter ter lah pada ex maahadian, ex sks, student uniti. I don't want thousands of friends on Facebook nor do I want thousands of followers on Twitter. I just want a real friend like you. Thanks for being present in my life, all the time, all the way and giving me beautiful memories that I am going to cherish for a lifetime.

Tak lupa juga pada Aki. Sometimes my kawan complains that I spend too much time with you but I just can't help it. After all, we're bff ! Lol. From the bottom of my heart, I just want to thank you for being such a good friend that I never deserved. I've learned that no matter how good a friend is, they're going to hurt you once in awhile and you must forgive them for that. Therefore, I want to ask for your forgiveness for my actions and I hope you can find it in your heart to forgive me. Selamat Hari Raya daripada Wieya di Sungai Petani, Kedah, Malaysia ! heehe.

Raya raya juga jangan sampai hilang jari main mercun. Makan tu jangan ikut nafsu sangat. Nanti membazir pula jadinya. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Endless apologies.

Friday, 1 August 2014

Beraya Sakan !

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dapat jugak masa nak jenguh blog ni. Dah tahun akhir so busy sikit la. Tak sempat nak update bagai ni. Tup tap tup tap dah raya ke 6. Kejap je masa berlalu. Ehh kejap. Apesal rasa awkward ni ? haaha. Okay tak payah nak formal sangat la kan.

Malas gila nak balik kolej. Kalau boleh taknak balik terus. Yela balik nak raya pun tak rasa kenikmatan raya tu. Kenikmatan rayaaa. Assignments punya la banyak. Menggunung kemain. Nak nak naik raya ni kena submit. Hari Isnin pulak tu before 9 am. Gena nak buat ni. Ticket hari Ahad malam. Confirm sampai pagi lah. Okay takpe itu kita tolak tepi dulu. Jadi ku ingin hupdate tolong tepi sikit tolong tepi sikittt~

Nak terobek pasal raya ni. Macam biasa la pagi Syawal dok rumah je exercise kaki tangan sikit layan guests datang rumah. Memang tak menang tangan la kan sampai kena guna tangan spare.

2 Syawal aku dok rumah lagi. Tunggu jugak lah kot kot ada yang mai. Sekali mai dari Terengganu, Perak, Kolumpo, Nogori pun ada. Nasib lah sedara dari Setoi Thailand, Sabah/Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Penang, Perlis tak balik kalau tak padat rumah ni macam sardin dalam tin. Melebih ni. haaha. Nak dijadikan cerita, anak sedara aku ni ajak menyembang. Takpa kita layankan je. Nama pun budak kecil (5 y/o) lagi. Sekali keluar loghat Terengganu. Sudah akuu. Cousins aku dah gelak kih kih kat belakang. Tercengang aku. Aduh mung ni. Aunty tak paham langsung ape kamu cakap sayang. At last cakap bahasa rojak. And nasib baik ada adik aku nak melayan Hanna berbual.

3 Syawal baru balik kampung ziarah sedara mara uncle aunty anak sedara. Kenapa balik kampung raya ke 3 ? Sebab aku takde kampung macam korang. Almost 16 yrs beraya kat taman je. Rindu nak ada kampung tuu ya Allah. Allah je tahu. Kalaulah ada kampung boleh bakar lemang, balut ketupat palaih, kacau dodol, pasang pelita keliling rumah, main mercun dengan cousin. Amboi kemain nak main mercun. Mercun pop pop pun dah takut. Hmm tu lah tak sabar ni ceq nak beraya rumah bakal mertua. Kot kot lah ada kampung kan. Ehh >.<

4 Syawal aku dapat text from Shima katanya nak ajak beraya ke Penang. Aku apa lagi nak lahhh ! So pagi tu awal jugak aku keluar mak aku hantar aku kat bus stop tunggu sampai member aku mai jemput. Raya sakan lah aku ! Konboi sampai 4 buah kereta. Sampai je rumah Aqila tunggu apa lagi makan je lah keja aku. Amboi tak sopan benor aku ni. Dok dulu santai santai then baru makan. Kebetulan sampai lunch time disebabkan jammed kat highway so lambat la sampai. Alhamdulillah kenyang dapat makan nasi beriani. Dah lama mengidam. Heh. Lepaih tu ber'selfie' la kami !

Jom belanja gambaq dulu.











Haa sakan dak kami ? haaha. Okay lepas memasing settle ber'selfie', dok sekejap and then mintak diri nak balik dah. Thanks Aqila and family layan kami dengan penuh kasih sayang :) heehe suka pulak aku. Plan takmau balik lagi so singgah AEON Bukit Mertajam, Penang. Haa borong aku kat Popular. Rasa macam nak beli semua yang ada. Time tu lah lenguh lutut, sakit perut, fening fening lalat. Pi mai pi mai finally dapat jugak apa yang aku cari. Banyak lagi buku aku borong tapi malaih nak selit banyak banyak.

Cari The Fault in Our Stars tapi takdak. Habis stock agaknya. 

Jalan jalan pusing mall teringin pulak nak makan big apple tapi aku tak beli pun. Member aku je beli. haaha. Umi and Dayah teringin nak makan ice cream BR. Tunggu punya tunggu at last tak jadi sebab queue panjang sangat. Pusing lagi pusing terjumpa Chatime pulak so beli la ayaq tu ala ala Coldblog tu. haaha. Cakap pasal Coldblog teringat member aku kata Coldblog benda apa tu? Jom cari benda Coldblog tu. Takpa paham orang baru balik Jordan. heehe sorry ehh.

Tak boleh lupa salah jalan. haaha boleh pulak sampai ke Permatang Batu. Alhamdulillah gps ada. Jalan memang jammed kot. Exit SP maghrib juga la terus pergi Cmart. Habis maghrib okay part ni amatlah sedih sebab terpaksa berpisah. Kami bersalaman memohon maaf. Rasa sekejap je masa berlalu ibarat air mengalir.

 Btw thanks tau bawa aku penuhkan muatan jenjalan Penang 😊😄 Thanks juga kesayangan2ku for the beautiful moments with me even for a while 😍 Ex student Maktab Mahmud

Thursday, 24 April 2014

Sanah Helwah Danish Danial !

Today April 24 is the best day of the year because you were born on this day and officially turning 20. You're half way to 40 ! But you're the youngest 20-years-old I know. You look so much older than you did last year when you were a teenager. hahaha okay jk. I was going to write you a really nice poem for your twentieth, but I couldn't figure out any words that rhyme with twentieth so gambar cake ni je yang mampu.

Source from Encik Google

I wish you a thunderous Happy 20th Birthday Danish Danial. May you have a great life ahead with the loved ones :) May happiness surround you today and beyond. I hope that your 20th is everything that you dreamed it could be. I wish you to have the courage to live at least one more dream, fulfill one more wish and how far you still have to go. Make the best of what you've got ! Birthday hanya sekali, so make it a day that will go down in history ! Have a blast birthday celebration okay ;)

Saturday, 4 January 2014

Thank You Allah ! :')


Alhamdulillah, yeayy ! Finally, sampai juga di UNITI walaupun indah khabar dari rupa. Ehh. Okay tak banyak pun berubah tapiiiii itulah group aku kena fall out. Sadisnyaaaa. Dah masuk sem 4 pun still ada rombak sana sini. Kena pula dari GL ke GG. Dapat pula masuk group lama but bukan orang yang sama. sobsob. Takpa redha. Even though tak kenal sangat inshaAllah ukhuwah tetap terbina. Haa gitu. Hostel pun not bad lah. Tak dapat Uv, Ixora pun boleh. Best juga dok Ixora Permai ni. Harap maklum pic atas tu hostel Ixora Permai okay. Ada pool lagi. Kau ada ? hahaha. Okay dah sampai je memang ting tong lah kan. Dengan tak cukup tidurnya and then kena pergi dewan ambil result. Oh goshh ! Terasa seolah sedang terbang tinggi. Okay tak kelakar. 

Nervous tu toksah dok habaq lah kan. Lepas settle buat payment terus ambil result. Akak tu minta surat rasmi but boleh pula aku kasi surat hostel. eheher. Ting tong punya pasai. Malu wei dah dua kali setiap sem kena dengan akak tu >.< Dah tu kena sign surat aku janji. Adohh menyampah okay time ni. Kena ikut flow pulak sampai tiga steps. Dapat je dok situ terus cari result. Orang lain sibuk baca and sign, aku pula sibuk dok kelebet cari result. Tanya akak ni, actually result ambil mana then dia cakap pada akak tadi. Aku ni confius laa. Banyak sangat suratnya pun adohai. Dah habis sign semua, aku keluar cari tempat strategic supaya takda orang jumpa aku and tanya tanya pasai result. hee. Selak je paper last sekali, nampak slip. Macam result je, macam nervous je. Macam nak lempang lempang je. Ya Allah ! Dah menggigil lutut nih ! Buka je.. OMG !

Air mata mengalir laju nonstop membasahi pipi gebu's aku. Alhamdulillah, syukur pada Allah :') Rasa nak je peluk peluk kiss tiang sebelah aku ni. Straight A's but ada juga terselit satu B di celah celah A tu. Pointer alhamdulillah better than last sem 3.79. Wuu nak nangis ni. Takpa dah niat, usaha, doa and selebihnya tawakal berserah pada Allah. Dah rasa tegang muka aku ni disebabkan senyum plus menangis. hehehe. Kalau boleh nak je senyum 24/7. Amboi.

Rasa jealous tengok orang lain dapat share dengan parents dedepan, nangis nangis share result, dapat peluk mak abah. Aku ni ? Allah, sedihnyaaaa. Sebab mak abah takda sini. Nangis sorang sorang, tiang juga jadi mangsa aku nak peluk. By phone aku bagitau Encik Zahir. Then call Puan Zulliza. Takpa paham dengan kerja abah. Apa apa pun, Alhamdulillah syukur, tercapai juga hasrat aku nak gembirakan mak abah. Thank you Allah :')

Congratulations for those who got a good result ! Those who got unexpected result, don't worry too much, it’s not the end. Just be thankful because there must be something good for you. Allah knows the best ! :) Syukur, Alhamdulillah. Quite happy with this result. Thanks also to my parents, all my lecturers and friends. To all my friends, good luck guys, be strong. Our journey is still on, don't be easily given up. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka. Smile.

26/12/2013.

Bye human.