Saturday, 2 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Rasa gatai pula tangan ni nak taip laju laju. haaha. Sekejap je cuti. Esok nak balik dah so bag pun confirm lah berat dengan baju baru, biskut raya 10 balang, ketupat, serunding. Amboi banyak nau nak bawa balik sana. Tetiba teringat pada housemates. Apa lah korang buat ehh. Pada yang dah sampai tu dok elok elok naa. Haa pada yang tak balik lagi tu jangan lupa noh bawa 10 balang setiap orang. haaha. Boleh buat modal pi meniaga. Dua balang tinggai kat bilik buat stock nak makan. 

Malam yang syahdu ni taktau nak buat apa so skodeng la gambar gambar time puasa haritu. Teringat pi bazar Poli lepas tu terus pi Pantai Blue Lagoon. Sayang ahh Ain takde time ni. Next time kita pi sini lagi tau. InshaAllah. We will meet again, soon.

Ehem.

Bismillahirrahmanirrahim, saya di sini ingin memohon maaf andai tersalah bicara, bergurau kasar, terambil/guna barang anda dengan sengaja, terkutuk, terpekik and semua yang ter ter lah pada ex maahadian, ex sks, student uniti. I don't want thousands of friends on Facebook nor do I want thousands of followers on Twitter. I just want a real friend like you. Thanks for being present in my life, all the time, all the way and giving me beautiful memories that I am going to cherish for a lifetime.

Tak lupa juga pada Aki. Sometimes my kawan complains that I spend too much time with you but I just can't help it. After all, we're bff ! Lol. From the bottom of my heart, I just want to thank you for being such a good friend that I never deserved. I've learned that no matter how good a friend is, they're going to hurt you once in awhile and you must forgive them for that. Therefore, I want to ask for your forgiveness for my actions and I hope you can find it in your heart to forgive me. Selamat Hari Raya daripada Wieya di Sungai Petani, Kedah, Malaysia ! heehe.

Raya raya juga jangan sampai hilang jari main mercun. Makan tu jangan ikut nafsu sangat. Nanti membazir pula jadinya. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Endless apologies.

Friday, 1 August 2014

Beraya Sakan !

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dapat jugak masa nak jenguh blog ni. Dah tahun akhir so busy sikit la. Tak sempat nak update bagai ni. Tup tap tup tap dah raya ke 6. Kejap je masa berlalu. Ehh kejap. Apesal rasa awkward ni ? haaha. Okay tak payah nak formal sangat la kan.

Malas gila nak balik kolej. Kalau boleh taknak balik terus. Yela balik nak raya pun tak rasa kenikmatan raya tu. Kenikmatan rayaaa. Assignments punya la banyak. Menggunung kemain. Nak nak naik raya ni kena submit. Hari Isnin pulak tu before 9 am. Gena nak buat ni. Ticket hari Ahad malam. Confirm sampai pagi lah. Okay takpe itu kita tolak tepi dulu. Jadi ku ingin hupdate tolong tepi sikit tolong tepi sikittt~

Nak terobek pasal raya ni. Macam biasa la pagi Syawal dok rumah je exercise kaki tangan sikit layan guests datang rumah. Memang tak menang tangan la kan sampai kena guna tangan spare.

2 Syawal aku dok rumah lagi. Tunggu jugak lah kot kot ada yang mai. Sekali mai dari Terengganu, Perak, Kolumpo, Nogori pun ada. Nasib lah sedara dari Setoi Thailand, Sabah/Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Penang, Perlis tak balik kalau tak padat rumah ni macam sardin dalam tin. Melebih ni. haaha. Nak dijadikan cerita, anak sedara aku ni ajak menyembang. Takpa kita layankan je. Nama pun budak kecil (5 y/o) lagi. Sekali keluar loghat Terengganu. Sudah akuu. Cousins aku dah gelak kih kih kat belakang. Tercengang aku. Aduh mung ni. Aunty tak paham langsung ape kamu cakap sayang. At last cakap bahasa rojak. And nasib baik ada adik aku nak melayan Hanna berbual.

3 Syawal baru balik kampung ziarah sedara mara uncle aunty anak sedara. Kenapa balik kampung raya ke 3 ? Sebab aku takde kampung macam korang. Almost 16 yrs beraya kat taman je. Rindu nak ada kampung tuu ya Allah. Allah je tahu. Kalaulah ada kampung boleh bakar lemang, balut ketupat palaih, kacau dodol, pasang pelita keliling rumah, main mercun dengan cousin. Amboi kemain nak main mercun. Mercun pop pop pun dah takut. Hmm tu lah tak sabar ni ceq nak beraya rumah bakal mertua. Kot kot lah ada kampung kan. Ehh >.<

4 Syawal aku dapat text from Shima katanya nak ajak beraya ke Penang. Aku apa lagi nak lahhh ! So pagi tu awal jugak aku keluar mak aku hantar aku kat bus stop tunggu sampai member aku mai jemput. Raya sakan lah aku ! Konboi sampai 4 buah kereta. Sampai je rumah Aqila tunggu apa lagi makan je lah keja aku. Amboi tak sopan benor aku ni. Dok dulu santai santai then baru makan. Kebetulan sampai lunch time disebabkan jammed kat highway so lambat la sampai. Alhamdulillah kenyang dapat makan nasi beriani. Dah lama mengidam. Heh. Lepaih tu ber'selfie' la kami !

Jom belanja gambaq dulu.











Haa sakan dak kami ? haaha. Okay lepas memasing settle ber'selfie', dok sekejap and then mintak diri nak balik dah. Thanks Aqila and family layan kami dengan penuh kasih sayang :) heehe suka pulak aku. Plan takmau balik lagi so singgah AEON Bukit Mertajam, Penang. Haa borong aku kat Popular. Rasa macam nak beli semua yang ada. Time tu lah lenguh lutut, sakit perut, fening fening lalat. Pi mai pi mai finally dapat jugak apa yang aku cari. Banyak lagi buku aku borong tapi malaih nak selit banyak banyak.

Cari The Fault in Our Stars tapi takdak. Habis stock agaknya. 

Jalan jalan pusing mall teringin pulak nak makan big apple tapi aku tak beli pun. Member aku je beli. haaha. Umi and Dayah teringin nak makan ice cream BR. Tunggu punya tunggu at last tak jadi sebab queue panjang sangat. Pusing lagi pusing terjumpa Chatime pulak so beli la ayaq tu ala ala Coldblog tu. haaha. Cakap pasal Coldblog teringat member aku kata Coldblog benda apa tu? Jom cari benda Coldblog tu. Takpa paham orang baru balik Jordan. heehe sorry ehh.

Tak boleh lupa salah jalan. haaha boleh pulak sampai ke Permatang Batu. Alhamdulillah gps ada. Jalan memang jammed kot. Exit SP maghrib juga la terus pergi Cmart. Habis maghrib okay part ni amatlah sedih sebab terpaksa berpisah. Kami bersalaman memohon maaf. Rasa sekejap je masa berlalu ibarat air mengalir.

 Btw thanks tau bawa aku penuhkan muatan jenjalan Penang 😊😄 Thanks juga kesayangan2ku for the beautiful moments with me even for a while 😍 Ex student Maktab Mahmud