Sunday, 22 December 2013

Hakikat Cinta

Dari luar jendela menghadap segala pokok. Roses, bunga kertas, lidah buaya, buaya darat. Ehh. Lihat ciptaan Allah. Indah macam garden fefeeling konon dalam movie Alice in Wonderland. Ehh apa kena mengena ? Okay -.- 

Terjuntai juntai macam buah rambutan kaki aku dok atas sofa -maklumlah kependekan- tempat ku henyak diri yang berkepeng plus kepeng sampaikan tertembus tembok ditengoknya aku. Skema alahai ayat. View petang yang silau lagi bahang lagi terik. Allah. Rasa nak mandi berulang ulang kali. Nak je rendam terus dalam tab fefeeling dok dalam pool siap ada ice blended lagi kat tepi pool. Like a boss. Ohh. Heaven plus boleh buat puak lentang lagi. hahaha. Tak comel sungguh perangai. Hampir 2 months juga aku terperap macam kimchi. Tinggal 3 hari lagi nak habiskan sem break. Sigh. Malas pulop lah nak balik sana. Tapi semangat nak study tu macam nak terkeluar paru paru ! Amboi. Tak sabaq ceq naa. Malas tu sebab result. OMG ! Mau senak aku dalam dewan Za'aba nanti. Hopefully result aku maintain je macam last last sem. Nak A++ ! ehehe. InshaAllah ^^  

Okay boring amat dok rumah. Nak merengek keja memang tak dapat greenlight lah kan. Abah Zahir awal awal lagi dah tak kasi aku keja sooo keja rutin aku makan, tido, online. Selebihnya tolong Maa Zulliza dengan business beliau. Tepat 1145 pm, beku aku depan tv. Habis tenggelam button remote tu aku tekan 393. Channel apa lagi kalau tak lain tak bukan OneHD lah. >.< If remote tu boleh berjalan kan, maunya dia main hide-seek. Cuba anda bayangkan. Scary kot. ehehehe. Petang petang ni dah blank taktau nak buat apa kan so aku pun godeklah rak buku sana sini cari khazanah lama. Then terjumpa buku ni.


Haa nampak kan kan. Agak blurry. That's one of my fav book diantara banyak buku yang melimpah ruah tu. Banyak novel je pun. Last year aku beli buku ni, zaman muda aku ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) tapi rasanya ada lagi kot kat kedai buku tu. Hurm agaknya pasal apa ye buku ni ? Berkaitan apakah ? Pasal cinta maybe ? Yeah memang betul ! C.I.N.T.A. Mesti kau yang sedap baca ni agak cintan cintun monyet khoon ! mihmihmih. Okay ekceli ia adalah cerpen islamic. Expect cemtu lah. Bagi aku. Banyak juga cerita dia, tak silap aku ada duabelas cerpen. Ehh kejap check balik.



Selepas 10 minutes......









10 minutes selepas......



Haa betoi lah ada duabelas. Based on Hakikat Cinta, ia related dengan fitrah manusia. Pasal family, couple, kawan kawan. Kau kalau baca je buku ni mesti feeling habislah. Serious tak boring langsung kau baca. Lagi banyak kau baca lagi banyak kau nak tau endingnya. Sampai ketagih oh. Nak je khatam banyak kali. Bagi aku banyak juga moral values and certain yang boleh dijadikan panduan. Benda aku tak pernah tau, aku dapat tau. Menyesal plus rugi oh aku kata kau kalau tak baca -dah ala gengster pulop- Only 12 Ringgit Malaysia je. Murah kan ? Serious talk tak rugi pun kalau spend banyak tu. Dunia dapat akhirat pun dapat inshaAllah ^^,

Wallahu'alam.

Bye blogger.

Tuesday, 5 November 2013

Selamat Pengantin Baru

Aku rasa agak lama juga tak update blog ni. Kalau buat ice blended ni sedap jugak pastu buat modal jual kat semorang. Dapat jugak side income kan daripada dok goyang kaki and bela segala ibu lemak dalam badan aku ni. Mesti hangpa pun dah tak ambil kisah blog aku kan. Kalau boleh nama blog aku pun hangpa dah menyampah tengok. Mana taknya dah 5 bulan kot aku abaikan blog ni biar dia sensorang tanpa ditemani oleh kata kata 'extra' manis aku. Ayat minta orang lempang aku laju laju. Nak nak baca post pasal tunang tu. Kalau tak mesti dah kena grill ala ala BBQ then letak blackpepper banyak banyak plus sos tiram plus potatoes. Perghh ! Sedap jugak tu eh ! Okay menyampah tahap gaban je baca. Dah lah banyak 'membongak' tak tentu pasal about tunang tu. hahaha. Supposed to be 'menipu' lah !

Cakap pasal tunang ni mula lah fefeeling nak bertunang. Amboi nampak tak kegediks-kan aku ni. Dalam pada aku dok berangan sambil kunyah ayam goreng kekonon makan KFC lah, Puan Zulliza mai join makan sekali. Bermulalah kami anak beranak pom pang pom pang kat dapur berceloteh itu ini then boleh pulak tersangkut pasal kawin. *hahaha bajet esok lusa nak kawin* mentang-mentang umur dah masuk awal dewasa makin mengada cakap pasal kawin yee wiya wiya -.- hurm aku okay jea memula tu pastu tetiba tercekik ! Tertelan tulang dinasour bak hiang ! Nasib baik tak tersembur segala isi kulit ayam tu. Kalau yee memang cari nahas lah khoon. Boleh pula Puan Zulliza bagitau dengan habis selambanya ada makcik mai bertandang tanya pasal aku. Tak kan hang tak faham lagi kott. Alarh kira nak 'book' anak orang. Amboi kemain lagi nak 'book' haa. Aku ni apa lagi tekun je dengar Puan Zulliza bercakap panjang berjela sampaikan aku ternganga nampak ada ketul ketul emas 916 keluar dari mulut beliau and tidak perasan langsung ayam gorengku telah dikebas. Rasa macam nak goreng aku hidup hidup je kan tengok ayat baku tu hehew.

Tak tau pulak makcik tu kenal aku. Siap tanya lagi dah habis belajar ke, dah kerja ke, kat mana kerja/belajar, umur lah apa lah. Amboi makcik tak sabar sabar nampak. hahaha. Puan Zulliza pun gebang lah anak makcik a.k.a mak mentua lah kekononnya doctor pharmacy. Terus je mata aku bersinar. Kalau hang ada situ mesti nampak mata aku ni ada $$ amboi ngehngeh. Aku ni dah terover excited lah rasa macam syiok je nak dengar endingnya. Kot kot lah happy ending kan. At last Puan Zulliza cakap tak akan berlaku sebab kata beliau aku ni muda lagi and nak capai impian dulu. Maa ! Are you mocking me ? sambil kening terangkat ala ala The Rock. Arghh frust menonggeng sampai tertonggeng tonggeng aku *ala ala break up* kalau tidak hujung tahun ni aku dah naik pelamin. hahaha. *annoying jerk*

Dah dah takmau merapu meraban tak ketahuan hala.

Apa apa pun congratulations diucapkan kepada Athirah Hamzah and Encik Suami. Takdir pun mempertemukan kalian berdua, kebersamaan menggapai takwa adalah jalinan cinta yang paling hakiki, kayulah bahtera rumah tangga kalian dengan penuh cinta dan kasih, semua kerana Allah dan Rasul-Nya. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warrohmah, mendapatkan keturunan yang soleh serta solehah, diberikan rezeki yang berkat dan melimpah serta selalu di dalam lindungan serta kasih sayang Allah swt. Selamat Pengantin Baru dan menempuh hidup baru.

بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan." 

Bila sebut je pasal kawin memang terus bersemangat and aura kat muka bukan main lagi berseri-seri mengalahkan orang yang nak kawin. Terus je semangat nak paksa laki masa depan masuk minang sekarang. mehmehmeh >.<

Bye people.

Saturday, 22 June 2013

Aku Dah Bertunang ?

21 JUNE 2013

Resah, takut, cuak, headache, nak muntah pun ada sebab otak ni asyik pikir benda yang sama jea. *bukan pregnant okay* Heartbeat aku pun tak stable. Kejap laju kejap slow haa tetiba stop macam mana. Alamatnya tak sempat aku nak bertunang. HAA APA BERTUNANG ?? *terbeliak luas bijik mata kau* Yepp ! Bertunang. Hang dah kenapa ? Tak percaya ? So bawak percaya and bertendang. *ini reality bukan fakta atau auta* hurm.

Malam ni aku busy kemas kemas rumah buat itu buat ini. Rasa macam tak percaya esok aku akan bertunang. Sedih yang amat. Lepas ni tak boleh ada crush dah. Tak boleh nak gedik gedik. *gedik tu bukan aku okay* haa Ma Zulliza bukan main lagi busy sana sini. Siap ada khemah bagai. Dah macam kenduri kahwin pulak. Pasal kahwin pun dah discussed semalam. Maybe time sem break bulan 11 ni aku akan berkahwin. Ma Zulliza tak habis habis tanya aku wedding card nak warna apa theme apa. Alahai pening oii ! Tak sempat esok nak bertunang malam ni aku terjun bawah ala ala spiderman tu. *memang tempah ticket free nak masuk neraka* Dah sampai jodoh aku dengan budak Singapore tu. So redha jea lah.

22 JUNE 2013

5.00 a.m

Okay memang awal gila aku bangun. Nervous kot nak jumpa bakal mak mertua. Now dorang ada kat homestay area taman aku. Lepas mandi semua Ma Zulliza suruh aku relax jea. Tapi disebabkan nervous punya pasal aku pun p lah kemas kemas apa yang patut. Lepas subuh aku sambung lagi tolong Ma Zulliza buat kerja ini kerja itu.

10.30 a.m

Sempat lagi aku tidur time ni. Ma Zulliza banyak kali kejutkan aku tapi still takda respons. Malas gila nak bangun ! Rasa macam takda apa yang berlaku today. Ya Allah lepas zohor ni aku bakal menjadi milik orang. Lepas bangun jea sedara aku tanya mana baju nak dipakai nanti. Zuppppp ! Baru aku ingat baju tu ada kat boutique lagi. Matilah aku lupa nak ambil semalam. Kelam kabut aku ajak cousin aku p boutique tuu. Macam orang meroyan hilang anak satu lagi hang tahu tak ! Sampai jea rumah dah macam mayat hidup. Entah rasa badan aku dah hampir separuh melayang tinggi. *woahh dramatic*

1.30 p.m

Lepas zohor jea terus aku termenung. Bukan termenung sebab tak menyempat nyempat nak bertunang tapi entahlah berat hati kot. Baju tak salin lagi. Lagi sejam aku akan bertunang. Apa pun tak ready lagi. Ma Zulliza dah start bising. Nak tak nak terpaksa jugak. Tak pasal terus jadi pekak tuli sebab asyik dengar jea Ma Zulliza bising. Silap haribulan boleh bernanah oow. *eishh anak derhaka sungguh*

2.30 p.m

Arghhh ! Rasa macam tercekik tulang badak Africa. Air liur pun rasa macam air kapur dah. Bermandikan peluh aku dok dalam bilik. Cair habis make up aku. Lepas jea doa diaminkan Ma Zulliza panggil aku keluar dari bilik. Pergh perghh ! Takut weyhh ! Bakal mak mertua aku pun mai lah kat aku. Dah lah sempit kain duyung tuu. Serba tak kena nak duduknya pun adoyai. Macam kucing nak terberanak 30 ekor lagi. Tangan aku jangan dok kata lah sejuk macam sotong dalam freezer bak hanggg. Ketaq ketaq dah. Lepas jea borak borak sikit dengan bakal mak mertua so start lah adegan sarung menyarung ni. *ni ayat tak boleh blah*


Time sarung ring tu aku dah cuak 'asal tak masuk lagi ni’. *gelabah* Adoii tersekat lah pula kat tulang jari manis aku ni. Boleh hilang jari manis aku kalau disarungnya jugak. Hurm risau tuu memang tak payah nak cakap lah kan. Kalau boleh pengsan kat situ dari awal lagi aku pengsan siap siap. Tak pasal adik aku kena jadi bidan terjun. Ohh no no no ! Tak akan sesekali moment tuu berlaku. Dok ralit sarungkan cincin tup tup phone aku boleh pulak dok melalak. Non stop pulak tuu. Aku ni jenis gabra tak tentu pasal so terus jea aku tarik tangan aku. Memang kurang diajar namanya tuu. Ahha time tu mata aku dah pedih kena silau dek dipanah lampu. Perghhh ! Apa semua ni ? Apa semua ni haa ?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali tengok phone ada orang call. Eishh potong line betul lahh. Kalau tak ring bertahtakan permata tu dah tersarung cantik indah bak intan payung diamond emas 916 bersamaan 20,000 gram. Mak aih gayat gila taste aku. Jangan bermimpi lah nak dapat semua tu. Study pun sekerat jalan, tak habis lagi dip tup tup nak bertunang. 

Hangpa semua dok khusyuk jea hadap blog aku kan sambil gigit kuku kaki nak tahu ending. So endingnya aku dah tersedar dari tidur. Mimpi ohh mimpi. Thanks Farhan kembalikan aku ke dunia reality. Kalau hang tak call memang dah confirm aku bertunang even dalam mimpi pun *ayat minta kena lempang okay

Ahha memang terasa diri anda dipermainkan. Apa terkejut aku bertunang sedangkan umur aku baru 19 ? Okay tunggu lagi 20 tahun akan datang aku invite semua followers tercinta aku ni mai kenduri aku. Hadiah dia aku kasi emas jongkong 916 sorang sebijik. Nak nak ? Tunggulah 20 tahun lagii.

*mimpi hanyalah mainan tidur tapi kalau real pun tak apa. orang Singapore kot ! *senyum gajah* dok bayang macam mana gajah senyum -.-

Bye bloggie.

Tuesday, 18 June 2013

Semester Break !


Hello, annyeonghaseyo ! Alhamdulillah, at this moment im free for conteng conteng here in my blog. Seriously i wish for this time would come earlier but just today :) Actually aku dah malas nak hadap blog ni. Taktau nak update apa dah. Hee *senyum kerang*

Mesti hangpa tertanya tanya mana lah pictures yang aku cakap nak upload tu kann. Hee sorry guys ada problem sikit so tak dapat nak upload. Maybe next time kot ^^, Okay now aku sem break. 2 months kot ! *ecehh 2 months pun nak kecoh* Memula tuu aku nak keja tapi abah tak kasi. Nak cari duit lebih sikit. Side income katanyaa. *kata aku okay* Soooooooo aku tolong ma aku jea buat mini pizza and pastry. Ponat oii ponat. *okay tak baik mengeluh tolong ma, anak derhaka tuu* Hurmm tak dapat salary or what. Habuannya dapat makan freeeeee ! Sambil buat mini pizza tuu cuit cuit lah sikit makan :p *ehh betul ke cuit cuit ke cubit cubit ?* LOL

Masa terus berjalan and berjalan. *see masa pun ada kaki nak berjalan* sila gelakkan saya. Okay tak lawak. So dah nak habis pun sem break. Sedih. *macam tak ada perasaan* next week 25/6 nie aku balik ke kolej tercinta kat mana ? Kat Negeri Sembilan :) Tahap kemalasan nak balik tuu ya Allah hanya Allah jea tau. Tahap max kot ! *parah* Kalau dah balik ni paham paham jea lah result keluar. Wuarghhh ! Nie moment yang paling digeruni oleh setiap student. Wahh ayat skema ! Hope that aku dapat tambah A lagi untuk sem kali ni and and and pointer pun melambung naik lah gamaknya. Tehee xD Kalau boleh 5 subject tu aku nak A++ ! *amboih hang bukan main banyak lagi ehh plus plus tuu* Doakan aku lah yea. InshaAllah boleh grab semua tuu. Aminn :)

Hurmm taktau nak type apa dah. Okay sampai sini jea kot. Kalau tangan aku ni rajin nak type banyak banyak inshaAllah aku post lagi. Ohh lupa pulak doakan aku tau next sem ni aku takmau dah masuk choir. Serikk ! Kalau in Malay tak kisah sangat ni tak in English. Takmau lah aku. Terbelit lidah ceq nak nyanyi nyanyi in English :p Sorry miss Z tak dapat nak tunaikan permintaan miss. Harap miss boleh consider yea. Okay guys see you again. Have a great day ahead !

Thanks for create the moments with me even for a while. Moga ukhuwah ni terus mengalir. Sayang awak semua :* ! Ex students Maktab Mahmud Merbok batch94

Bye bloggers.

Sunday, 14 April 2013

Reunion Ohh Reunion









 

Hye peeps and readers ! Okay dah lama aku tak update new post. Tak ada apa nak story kann. So now aku nak chit chit chat chat kat sini. Dari A sampai Z :) Semalam 13/4 aku and bebudak group G last sem buat reunion. Lebih kurang gathering and nak rapatkan silaturrahim lahh. Memula tuu aku malassss sangat nak join. Tapi disebabkan bukan senang nak gathering semua bebudak ex group G so aku join jugakk. Reunion tu kat Pantai Saujana. Memang excited lah nak tunggu detik detik hari nak jumpa dorang semua. Acewahh.

Dorang dah plan semua and semalam kita orang kena tunggu bas around 11.15 a.m. Tapi aku, Ain and Hanum turun lambat so kena tinggal. Tunggu punya tunggu sampai zohor baru bas datang. Tup tup dah pun sampai. Nak tau kita orang turun kat Pantai Cahaya Negeri ! Gila arhh ! Aku ingatkan kat situ. Salah inform kann so jadi cemtu lahh. Then terpaksa berjalan kaki. Hang tau kena berjalan kaki kot nak pergi Pantai Saujana tuu. Jauh yang amat. Hushh ! Sampai jea kat tempat dorang pasang canopy aku terus cari air. Haus kot.

Petang tuu kita orang main game. Aku memang teruja gila. Yea lah dah lama tak main kann. Lepas habis jea main, Kak Su ajak aku pergi solat kat masjid. Nak solat kat surau pantai tu crowded gila. Tunggu lah aku, Kak Su, Nad, Anis and Damia kat masjid sampai asar. Tup tup Hanum text aku lama lagi kea so aku pun bagitau lah lama lagi. Maybe dorang nak start third game kot. Lepas jea solat asar Kak Su drive agak laju lah jugak terus ke pantai. Then cari parking pulak satu hal.

Lepas tuu sambung balik main game :) Paling best time tanam orang tuu. Wakakakakaka. Tu idea aku kalau hang nak tau lahh. Kak Su tanya aku nak naik banana boat takk. Aku pun tunggu apa lagi confirm confirm lah aku nakk ! Hee :D best sangat ! Cameraman of course lah Izrin :D *senyum lebar* Dah habis semua basah lencun mandi laut aku naik then rest makan semua, aku terus p mandi. Time tuu dah maghrib, aku pun rush nak p surau then selisih dengan Hanum, Nana, and yang lain. Aku nampak mata Hanum bengkak.

"kenapa niee ?"

"erm Ruby nanti kita orang story okay ?"

"larhh bagitau jea lahh."

"kau pegi solat dulu, nanti kita orang story."

Aku yang degil nie terus tanya and tanya.

"something happen kat family aku ke ?" macam orang bodoh aku tanya.

"sumpah tak ada kaitan dengan family kau."

Okay memang nervous kot time tuu.

Of course lah aku pikir ada something happen kat family aku sebab aku nampak mata Hanum bengkak macam orang baru lepas menangis. Yea lah henpon aku kan kat dea so aku pikir cemtu lahh. Lepas tuu selisih pulak dengan Kak Su.

"Ruby dah tahu kan ?"

"tahu apa Kak Su ?"

"pasal henpon Ruby hilang."

"hahh ?! biar betul ?" muka aku memang lain dah time tuu.

Nak mengamuk pun ada. Aku pikir gambar gambar aku and family aku free hair ada dalam tuu. Perghh ! Lagi aku risau. Aku blah cemtu jea terus p solat. Sebelum solat tu aku tercari cari jugak and tanya akak kat situ tapi dia cakap tak nampak lah pulak. Nangis nangis aku.

Sampai jea kat canopy aku banyak diam. Membe membe yang lain just said sabar kayh. Time tuu memang nak nangis dah *bukan memang tapi dah pun nangis* Aku blur taktau nak buat apa. Apa aku nak cakap dengan abah aku. And aku risau pasal gambar gambar aku free hair. Kak Su banyak tenangkan aku. And then aku terus sibukkan diri p buat kerja yang mana patut. Time tu tinggal aku and Ameer jea bakar ayam. Saja nak hilangkan stress pikir pasal henpon tuu. Mana tak nangisnya. Dah 6 tahun kot henpon tuu. Banyak memories dalam henpon tuu.

Pukul satu pagi cemtu kita orang gathering keliling unggun api. Time tuu dah ready nak menyanyi tup tup angin kuat sangat sangat. Macam nak ribut pun ada. Aku tunggu apa lagi lari arhh selamatkan diri. Habis terangkat canopy kat situ. Beg aku yang agak berat pun boleh berganjak disebabkan angin kuat. Time tuu aku text abah aku minta maaf semua. Yea lah aku pikir tsunami jea time tuu. Risau kot. Habis semua kat situ.  Dengan orangnya lari lintang pukang sambil pakai boxer lah shortpant lah. Yang mana ada anak kecil tuu dorang angkat cemtu jea. Macam angkat barang. Orang orang yang camping kat situ angkut semua barang campak dalam perut kereta then terus pecut. Kereta pulak tak putus putus time angin kuat tuu. Sumpah tak pernah aku rasa angin kuat cemtuu. Dengan sampah sarap yang terbang sana sini. Pedih mata aku masuk pasir. Kencang gila kot angin.

Dorang suruh kumpul kat kedai makan then aku and Ain cross jalan. Time tuu nampak jalan seberang jea. Memang tak tengok kiri kanan dah. Aku rasa kalau ada kereta time tuu memang arwah dah aku and Ain *time nie kereta tak banyak dah* Aku and membe membe lain stay kat kedai tuu sampai lah hujan and angin dah reda. Aku dah terlelap kejap. Pagi tu phone aku berbunyi.

tenenet tenenet tenenet bla bla bla bla....

sebabkan aku tidur so aku tak angkat.

kali kedua,

tenenet tenenet tenenet bla bla bla bla....

pun aku tak angkat.

Lepas tuu message masuk. Memang tak lah aku nak reply. Sedar sedar dah pukul 5 lebihh. Nyamuk banyak gila kot. Habis tangan and kaki aku jadi mangsa. Aku pun gerak p balik kat pantai tuu. Sejuk bak hang. Tunggu lah aku kat situ sampai pukul 7 a.m. Then terus naik bas. Abah aku ada call pagi tuu tanya pasal aku. Aku nie yang takut takut bagitau lah abah aku pasal phone yang hilang tuu. Abah aku banyak diam then abah cakap nak p mengajar dah. Hari Ahad kat Kedah bebudak sekolah kayh, so jangan nak buat muka pelik sangat lah kan kang ada yang makan selipar.

Sampai jea kolej aku nampak katil jea. Aku mintak kunci rumah kat membe aku sebab dea kena p hantar barang kat rumah membe aku yang lain. Lepas kemas kemas barang aku terus baring and tidur. Sedar sedar dah pukul 6 petang. Terlepas zohor aku. Penat gila ! Boleh pulak aku mimpi phone aku yang hilang tuu. Sedih gila time bangun tuu tapi aku tak tunjuk lah.

Habis basuh baju semua dari sekecil kecil sampai lah sebesar besarnya aku terus rest tunggu maghrib. Lepas maghrib membe aku turun bawah nak makan. Memula tu aku ada ajak dorang turun makan at last aku yang tak turun. Malas aku sebab tak ada mood. Aku still pikir pasal phone aku. Dah lama kot tak sentuh phone tuu. Habis lost contact dengan bebudak camp, sekolah. Facebook memang lah boleh contact balik tapi yang tak ada fb tu cemna ? Hurm dah memang nasib kann. Okay lah now time to rest. Korang yang tengah khusyuk dok hadap blog aku ni mesti dah bosan membaca kann. Okay btw thanks guys yang sudi nak baca storymory aku ni *muahh setempek*

P/s: Nanti gambar gambar aku upload.

Bye blogger.