Tuesday, 5 November 2013

Selamat Pengantin Baru

Aku rasa agak lama juga tak update blog ni. Kalau buat ice blended ni sedap jugak pastu buat modal jual kat semorang. Dapat jugak side income kan daripada dok goyang kaki and bela segala ibu lemak dalam badan aku ni. Mesti hangpa pun dah tak ambil kisah blog aku kan. Kalau boleh nama blog aku pun hangpa dah menyampah tengok. Mana taknya dah 5 bulan kot aku abaikan blog ni biar dia sensorang tanpa ditemani oleh kata kata 'extra' manis aku. Ayat minta orang lempang aku laju laju. Nak nak baca post pasal tunang tu. Kalau tak mesti dah kena grill ala ala BBQ then letak blackpepper banyak banyak plus sos tiram plus potatoes. Perghh ! Sedap jugak tu eh ! Okay menyampah tahap gaban je baca. Dah lah banyak 'membongak' tak tentu pasal about tunang tu. hahaha. Supposed to be 'menipu' lah !

Cakap pasal tunang ni mula lah fefeeling nak bertunang. Amboi nampak tak kegediks-kan aku ni. Dalam pada aku dok berangan sambil kunyah ayam goreng kekonon makan KFC lah, Puan Zulliza mai join makan sekali. Bermulalah kami anak beranak pom pang pom pang kat dapur berceloteh itu ini then boleh pulak tersangkut pasal kawin. *hahaha bajet esok lusa nak kawin* mentang-mentang umur dah masuk awal dewasa makin mengada cakap pasal kawin yee wiya wiya -.- hurm aku okay jea memula tu pastu tetiba tercekik ! Tertelan tulang dinasour bak hiang ! Nasib baik tak tersembur segala isi kulit ayam tu. Kalau yee memang cari nahas lah khoon. Boleh pula Puan Zulliza bagitau dengan habis selambanya ada makcik mai bertandang tanya pasal aku. Tak kan hang tak faham lagi kott. Alarh kira nak 'book' anak orang. Amboi kemain lagi nak 'book' haa. Aku ni apa lagi tekun je dengar Puan Zulliza bercakap panjang berjela sampaikan aku ternganga nampak ada ketul ketul emas 916 keluar dari mulut beliau and tidak perasan langsung ayam gorengku telah dikebas. Rasa macam nak goreng aku hidup hidup je kan tengok ayat baku tu hehew.

Tak tau pulak makcik tu kenal aku. Siap tanya lagi dah habis belajar ke, dah kerja ke, kat mana kerja/belajar, umur lah apa lah. Amboi makcik tak sabar sabar nampak. hahaha. Puan Zulliza pun gebang lah anak makcik a.k.a mak mentua lah kekononnya doctor pharmacy. Terus je mata aku bersinar. Kalau hang ada situ mesti nampak mata aku ni ada $$ amboi ngehngeh. Aku ni dah terover excited lah rasa macam syiok je nak dengar endingnya. Kot kot lah happy ending kan. At last Puan Zulliza cakap tak akan berlaku sebab kata beliau aku ni muda lagi and nak capai impian dulu. Maa ! Are you mocking me ? sambil kening terangkat ala ala The Rock. Arghh frust menonggeng sampai tertonggeng tonggeng aku *ala ala break up* kalau tidak hujung tahun ni aku dah naik pelamin. hahaha. *annoying jerk*

Dah dah takmau merapu meraban tak ketahuan hala.

Apa apa pun congratulations diucapkan kepada Athirah Hamzah and Encik Suami. Takdir pun mempertemukan kalian berdua, kebersamaan menggapai takwa adalah jalinan cinta yang paling hakiki, kayulah bahtera rumah tangga kalian dengan penuh cinta dan kasih, semua kerana Allah dan Rasul-Nya. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warrohmah, mendapatkan keturunan yang soleh serta solehah, diberikan rezeki yang berkat dan melimpah serta selalu di dalam lindungan serta kasih sayang Allah swt. Selamat Pengantin Baru dan menempuh hidup baru.

بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan." 

Bila sebut je pasal kawin memang terus bersemangat and aura kat muka bukan main lagi berseri-seri mengalahkan orang yang nak kawin. Terus je semangat nak paksa laki masa depan masuk minang sekarang. mehmehmeh >.<

Bye people.

No comments:

Post a Comment